Monday, June 28, 2010

Berkelana mencari hidayah-MU

Apa yang sebenarnya ku cari..
hidayah-Mu Ya Allah
semuanya terbentang luas dihadapanku..
hanya aku yang buta untuk menilainya..
Berikanku petunjuk..
sinarila kehidupanku
dengan cahaya dan keredhaan-Mu
Jauh benar aku menyimpang dari landasan-Mu
Kononnya ingin mencari keseronokan
tetapi aku lupa pada kebesaran-Mu
Aku tersungkur
Aku terjatuh
hanya kerana keindahan duniawi
meninggalkan aku terkapai-kapai
mencari dahan untuk berpaut..
Ya Allah Yang Maha Pengasih
Kau memberi aku peluang untuk memperbaiki segala kepincangan
dan kesesatan yang aku lakukan
untuk menjadi seorang hamba-Mu yang bertaqwa
Aku bersyukur pada-Mu
kerna memberi cahaya dalam kehidupan ku yang kegelapan..


Noha AJ

No comments:

Post a Comment